Sunday 31 July 2011


TAJUK:
Peranan dan sumbangan Masjid Negara Kuala Lumpur kepada rakyat Malaysia.

DISEDIAKAN UNTUK:
Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah CTU101

DISEDIAKAN OLEH:
Syafiq Adam Bin Suhaimi
No Matrik   :2011453136
Kumpulan  :BMD1Ah

PROGRAM
Diploma Pengurusan Perniagaan

TARIKH HANTAR
01 Ogos 2011



TAJUK:
Peranan dan Sumbangan Masjid Negara kepada rakyat Malaysia.

1.     Isi Kandungan
2.     Abstrak
3.     Pendahuluan
4.     Pengertian Masjid
5.     Ahli Jawatankuasa
6.     Program yang diadakan
7.     Sumbangan untuk masyarakat
8.     Masalah dan penyelesaian
9.     Cadangan
10.  Penutup
11.   Rujukan



ABSTRAK..
Masjid berasal daripada bahasa arab yang bermaksud tempat sujud. Masjid merupakan tempat untuk umat islam untuk menunaikan ibadah yang khusus, seperti menunaikan solat fardu atau solat sunat. Masjid dari dahulu lagi merupakan pusat kebudayaan, perkembangan dakwah islam serta pusat aktiviti untuk umat islam. Dibina antara 1963 dan dirasmikan pada 27 Ogos 1965, Masjid Negara merupakan lambang keagungan Islam sebagai agama rasmi di Malaysia dan ia boleh menampung seramai 15,000 orang jemaah. Antara fasiliti yang disediakan di Masjid Negara adalah dewan solat, dewan syarahan utama, bilik kuliah bilik mesyuarat utama(BMU), Islamic Outreach Abim(IOA), Tapak Ekspo dan juga kemudahan gim untuk pengunjung Masjid Negara. Antara visi Masjid Negara adalah membentuk sebuah masyarakat yang kuat pegangan iman agar terhindar dari gejala sosial dan memupuk kefahaman dan kesedaran masyarakat kearah pengamalan dan penghayatan cara hidup yang berlandaskan ajaran Islam. Misi Masjid Negara pula ialah untuk membangunkan keperibadian ummah berdasarkan akidah syariah dan akhlak Islamiah, institusi keluarga dan masjid dan membentuk individu, keluarga dan masyarakat kea rah kesejarteraan ummah. Pelbagai aktiviti yang telah dianjurkan di Masjid Negara ini, antaranya ialah kempen derma darah dan pameran pendidikan kesihatan, program pencerapan gerhana bulan penuh, karnival yang bertemakan “Inovasi Teras Tamadun Ummah” dan banyak lagi.




PENDAHULUAN..
Bersyukur kepada Allah S.W.T kerana telah memberi peluang dan membantu untuk memudahkan saya untuk menyelesaikan tugasan yang telah diberikan oleh Ustaz AbdAziz bin Hajrin. Tujuan esei ini ditulis adalah untuk menunjukkan betapa pentingnya Masjid Negara kepada rakyat Malaysia. Ia bukan sahaja menganjurkan aktiviti yang berkaitan dengan duniawi sahaja malahan juga melakukan aktiviti yang berkaitan dengan ukhrawi. Esei yang saya tulis ini akan menceritakan serba sedikit tentang aktiviti yang telah dianjurkan di Masjid Negara.

SEJARAH PEMBINAAN MASJID NEGARA..
MASJID NEGARA Malaysia terletak di Kuala Lumpur . Dibina antara 1963 dan 27 Ogos 1965 , Masjid Negara merupakan lambang keagungan Islam sebagai agama rasmi di Malaysia . Sebelum terbinanya Masjid Shah Alam, Masjid Negara merupakan salah sebuah masjid yang paling moden di Asia Tenggara. Ia terletak di kawasan seluas 13 ekar, bertentangan pula dengan Perhentian Keretapi Kuala Lumpur. Pembinaan Masjid Negara ini melambangkan semangat perpaduan dan toleransi. Ia direka bentuk oleh orang berketurunan Melayu, dibina oleh orang berketurunan Cina dan India dan dibiayai oleh sumbangan masyarakat Islam, Kristian, Buddha dan Hindu. Hasrat untuk membina masjid ini timbul sebulan sebelum hari kemerdekaan. Sebuah majlis yang dahulunya dikenali sebagai Majlis Kerja Persekutuan memutuskan untuk mendirikan sebuah masjid sebagai tanda penghargaan kepada bekas Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, terhadap jasa-jasanya kepada rakyat. Selepas mencapai kemerdekaan, Majlis Raja-Raja memperkenankan projek tersebut. Bagaimanapun, Tunku tidak mahu masjid dinamakan sempena namanya, tetapi sebaliknya mencadangkan ia dinamakan “Masjid Negara”.



FASILITI YANG DISEDIAKAN..
DEWAN SOLAT UTAMA
Dewan Solat Utama ini mempunyai rekabentuk yang ringkas dan sedikit menarik. Dilengkapi dengan sistem penghawa dingin yang besar yang sentiasa dipasang ketika solat lima waktu dan solat-solat hari raya dan ketika hari-hari kelepasan am yang melibatkan aktiviti kerohanian seperti solat hajat, tahlil, bacaan yasin dan ceramah khas.
DEWAN SYARAHAN UTAMA
Dewan Syarahan Utama digunakan untuk kegiatan ilmiah seperti kelas-kelas tafaquh fiddin pengajian dewasa, majlis-majlis rasmi kerajaan, ceramah, seminar, kursus-kursus dan bengkel-bengkel.
BILIK KULIAH
Terdapat 3 buah Bilik Kuliah di Masjid Negara yang boleh memuatkan antara 30-20 orang dalam satu-satu masa bagi setiap bilik. Bilik ini banyak digunakan untuk kelas-kelas pengajian, taklimat program, bengkel dan sebagainya.
BILIK MESYUARAT UTAMA (BMU)
Banyak digunakan untuk mesyuarat-mesyuarat kakitangan Masjid Negara, badan-badan kerajaan, badan bukan kerajaan, swasta dan pertemuan diplomatik. Majlis penyerahan barang atau kemudahan juga dijalankan di sini. Boleh memuatkan antara 10-30 orang ahli sidang mesyuarat.
ISLAMIC OUTREACH ABIM (IOA)
Program penerangan Islam untuk golongan muslim dan non-muslim yang amat aktif banyak dilakukan di ISLAMIC OUTREACH ABIM. Kejayaan ISLAMIC OUTREACH ABIM berjaya mengIslamkan beberapa orang warganegara asing yang datang ke melawat Masjid Negara dan menerima penerangan yang jelas tentang Islam.
KEMUDAHAN GIM
Kemudahan rekreasi dan sukan ini disumbangkan oleh sebuah syarikat swasta untuk kegunaan ahli jemaah beriadah.



CARTA ORGANISASI..
Berikut adalah carta organisasi Masjid Negara:


OBJEKTIF
Membentuk masyarakat madani yang bertimbang antara tuntutan duniawi dan ukhrawi.
FUNGSI
·       
  •  Menjadikan Masjid Negara sebagai tempat ibadah.
  • Melahirkan kesedaran dan menyampaikan pengetahuan Islam kepada masyarakat khususnya ahli Jemaah Masjid Negara. 
  • Menjadikan Masjid Negara tempat mempelbagaikan aktiviti khususnya berkaitan masyarakat Islam.
  • Mengumpul dan menyusun maklumat pengetahuan Islam yang sekaligus menjadi contoh kepada masjid-masjid lain.





PROGRAM YANG DIADAKAN..

1.     PROGRAM PENCERAPAN GERHANA BULAN PENUH.
Program anjuran Planetarium Negara di bawah Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) dengan kerjasama Masjid Negara ini telah berlangsung di perkarangan Masjid Negara bermula daripada pukul 1.00 pagi hingga 7.00 pagi pada 16 Jun 2011. Antara aktiviti yang diadakan adalah mencerap planet Zuhrah, Musytari dan Marikh, kuiz gerhana dan menonton tayangan dokumentari sains angkasa. Bagi yang beragama islam, turut diadakan solat sunat gerhana (solat sunat khusuf) dan khutbah gerhana dengan tajuk Pengukuhan Iman Melalui Peristiwa Gerhana Bulan yang telah disampaikan oleh Imam Masjid Negara, Ybhg. Ustaz Ehsan Mohd Hosni.
2.      PENGAJIAN KANAK-KANAK/REMAJA MASJID NEGARA.
Antara kelas pengajian yang diadakan untuk mereka adalah kelas tahfiz al-Quran kanak-kanak/remaja, tuisyen@Masjid Negara, motivasi@Masjid Negara, kelas mengaji Iqra’/al-Quran kanak-kanak dan program motivasi smart study, smart solat dan smart Ramadhan
3.     PENGAJIAN DEWASA
Antara kelas pengajian yang diadakan bagi orang dewasa adalah kelas tafaqquh fiddin, kelas bahasa arab dan juga kelas al-Quran.
4.     PENGAJIAN WANITA, REMAJA DAN KANAK-KANAK
Kelas pengajian yang disediakan adalah kelas pengajian wanita(asas, menengah, dan lanjutan).






MASALAH
Pada pandangan saya, Masjid Negara tidak mempunyai sebarang masalah. Hal ini kerana pihak pengurusan yang bertanggungjawab sangat cekap dalam menangani sebarang masalah sebelum masalah itu menjadi lebih besar dan memberi sebarang gangguan kepada orang yang mengunjungi Masjid Negara ini.
CADANGAN
Di sini saya ingin mencadangkan kepada pihak pengurusan Masjid Negara supaya mengadakan lebih banyak aktiviti dan juga mengumumkan aktiviti yang akan diadakan itu dengan lebih cekap supaya semua pihak dapat mengetahui aktiviti yang bakal diadakan. Dengan ini, maslis yang diadakan di Masjid Negara dapat disertai oleh lebih ramai orang dan ini akan memberi manfaat kepada semua orang, samada kepada pihak masjid mahupun kepada para pengunjung.





PENUTUP..
Secara keseluruhannya, aktiviti-aktiviti yang dijalankan banyak memberi faedah kepada semua lapisan masyarakat tidak kira pada yang tua atau yang muda. Sesungguhnya hidup di tempat yang moden dan sedang pesat membangun, kita digalakkan untuk mempelajari dan mendalami ilmu agama supaya kita tidak hanyut mengejar kebendaan dunia.




RUJUKAN